Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mendakwa presiden parti Anwar Ibrahim pernah cuba meyakinkannya bahawa video seks Azmin Ali memang individu yang dirakam dalam video seks beberapa bulan lalu.
Dalam usaha untuk meyakinkannya, kata Zuraida lagi, Anwar mendakwa bahawa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pernah memintanya untuk memecat Azmin.
Bagaimanapun Zuraida berkata beliau tidak yakin dengan dakwaan itu.
"Anwar kata dia (Azmin) macam adiknya dan kasihan kepadanya. Jadi saya kata kalau kasihan, tolonglah dia.
"Lepas itu dia kata Mahathir suruh (Anwar) pecat Azmin. Tapi kalau (benar) suruh pecat, kenapa Mahathir keluarkan empat kenyataan (menyatakan Azmin) tak perlu cuti.
"Dia kata anda tak tahu Mahathir...Memang saya tak kenal Mahathir, (tetapi) saya (juga) tak kenal anda," katanya kepada kira-kira 2,000 hadirin di program yang mengumpulkan penyokong Azmin di Kuala Lumpur malam tadi.
"(Jumpa Anwar) beberapa bulan lalu. Dia kata video itu memang Azmin, polis kata Azmin. Saya kata kalau (benar) Azmin, biarlah polis siasat dan Azmin kena terima kalau (video tersebut) betul.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment