Write For Us

'Langkah Muar' 200km Syed Saddiq bermula pagi esok, dijangka tamat pada Isnin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
3 Views
Published
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan satu inisiatif 'Langkah Muar' sebagai tanda protes terhadap kerajaan berkait isu peruntukan kawasan.

Menurut Syed Saddiq dalam satu video di platform X, dia akan berlari sejauh 200 kilometer dari Muar ke Parlimen untuk meraih dana bagi pusat khidmatnya.

Dalam satu sidang media, Syed Saddiq berkata dia akan mula berlari pada esok pagi dan dijangka tiba di Parlimen pada Isnin sebelum sidang Dewan Rakyat bermula.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment