Kerajaan masih menunggu laporan penuh daripada Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian terhadap Hukuman Mati Mandatori berhubung cadangan pemansuhan hukuman berkenaan yang bakal diserahkan Januari depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, setakat ini terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi sebelum cadangan itu dibentangkan di peringkat kabinet.
"Sepatutnya laporan itu dapat pada Disember ini, namun sedikit lewat memandangkan terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi," katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2019 di sini hari ini.
Pemansuhan berkenaan juga dikatakan berkaitan dengan kesalahan dadah melibatkan jumlah kuantiti dadah yang dimiliki seseorang individu sebelum disabitkan hukuman.
Menurut Liew, langkah itu bertujuan untuk memberikan budi bicara kepada hakim untuk menjatuhkan hukuman mati atau hukuman alternatif berdasarkan fakta kes.
Pada 29 Ogos lalu, media melaporkan kerajaan bersetuju supaya Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori ditubuhkan bagi mengkaji secara keseluruhan dasar penghukuman bagi menggantikan hukuman mati mandatori dengan hukuman yang lebih wajar, tertakluk kepada budi bicara Mahkamah.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment