Write For Us

NGO Ummah desak kerajaan batal hasrat mansuh hukuman mati mandatori

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
180 Views
Published
Gerakan Pembela Ummah (Ummah) akan mendesak pihak kerajaan supaya akur dengan kehendak rakyat berkaitan isu pemansuhan hukuman mati mandatori.
Setiausaha Agung Ummah, Mansor Ibrahim berkata, sejak dahulu lagi pihaknya memang tidak bersetuju dengan cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori tersebut.
“Pemansuhan hukuman mati mandatori hanya akan membawa kepada lebih banyak jenayah berat dalam negara kita.
“Justeru, kami akan bertindak dengan cara kami supaya kerajaan prihatin terhadap perkara ini (cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori),” katanya pada sidang media selepas perjumpaan keluarga mangsa bunuh dengan jawatankuasa itu di Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, semalam.
Terdahulu, Ummah bersama beberapa lagi keluarga mangsa pembunuhan datang ke Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang bagi menghadiri mesyuarat tertutup bersama Jawatankusa Pilihan Khas berkaitan Kajian Hukuman Gantian terhadap Hukuman Mati Mandatori yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum
Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian terhadap Hukuman Mati Mandatori diwujudkan pada Ogos tahun lepas bertujuan untuk mengkaji mengkaji secara keseluruhan dasar penghukuman bagi menggantikan hukuman mati mandatori dengan hukuman yang lebih wajar, tertakluk kepada budi bicara Mahkamah
Menurut Mansor Ibrahim, mesyuarat dengan Jawatankuasa Pilihan Khas itu bertujuan untuk mendengar isi hati keluarga mangsa sekiranya hukuman mati mandatori dibatalkan.
Susulan mesyuarat itu, beliau berpandangan, jawatankuasa pilihan khas tersebut seolah-olah mahu menghapuskan hukuman mati mandatori.
“Pastinya keluarga mangsa-mangsa ini dan kami semua tidak bersetuju jika hukuman mati mandatori itu dimansuhkan.
“Jadi, kami akan mendesak pihak kerajaan supaya akur kepada kemahuan rakyat,” katanya.
Dalam perjumpaan itu, Ummah mewakili bekas anggota Bomba, Allahyarham Mohamad Adib Kassim dan kematian dua beradik iaitu Nurul Hanim Idris, 5, dan adiknya, Muhammad Hafiz Idris, 1 akibat dikelar di leher di Yan, Kedah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment