Write For Us

Larangan merokok di kedai makan tak terpakai di S'wak - Dr Sim

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
110 Views
Published
Penguatkuasaan larangan merokok di semua tempat makan oleh kerajaan persekutuan bermula 1 Januari 2019 tidak terpakai di Sarawak melainkan kerajaan negeri mengguna pakai dasar baru itu, lapor media tempatan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Kabinet Sarawak, Dr Sim Kui Hian dipetik Utusan Borneo Online berkata negeri itu mempunyai Ordinan Kerajaan Tempatan sendiri.
Menurutnya, polisi baru yang diperkenalkan oleh kerajaan persekutuan perlu diguna pakai oleh kerajaan Sarawak sebelum dilaksanakan.
Dalam laporan itu juga, Dr Sim bertegas ini merupakan sebahagian daripada autonomi Sarawak walaupun Kementerian Kesihatan mengumumkan penguatkuasaan larangan merokok bulan depan.
Dr Sim yang juga pakar kardiologi turut mengakui merokok tidak baik untuk kesihatan tetapi pada masa yang sama menjelaskan kedai kopi berada di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan.
Malaysia dijangka menguat kuasa larangan merokok di semua tempat makan berhawa dingin dan tidak berhawa dingin termasuk restoran, kedai kopi, pusat penjaja terbuka dan gerai kaki lima.
Peraturan larangan merokok tersebut diwarta mengikut Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Semua tempat makan berhawa dingin dan tidak berhawa dingin termasuk restoran, kedai kopi, pusat penjaja terbuka dan gerai kaki lima akan menjadi kawasan larangan merokok.
Denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun akan dikenakan sekiranya didapati melanggar peraturan itu.
Bagi pengusaha premis makan yang gagal mematuhi peraturan itu pula, mereka boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye menjelaskan perokok masih dibenarkan merokok 10 kaki (tiga meter) dari premis makan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment