Write For Us

Sabah sedia laksana larangan merokok - Menteri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu Sabah bersedia untuk bersama dalam melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan.
Namun Dzulkefly berkata dari segi pelaksanaan diserahkan sepenuhnya kepada Sabah untuk menyusun langkah-langkah bagi mengambil realiti dan impak pelancongan mereka.
“Sabah telah bersetuju dan pelaksanaan itu kita diserahkan kepada mereka,” tambahnya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.
Pada 6 disember lepas Sabah mengumumkan penangguhan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negeri itu.
Keputusan itu dibuat sejajar dengan prinsip yang dipegang kerajaan negeri Sabah yang baharu dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mengutamakan Hak-Hak Sabah seperti terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963, sentiasa terjamin termasuk dalam soal penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan.
Larangan merokok itu dikuatkuasakan bermula 1 Jan lepas di seluruh negara tetapi hanya Sabah dan Sarawak masih menangguhkan pelaksanaannya sementara menunggu keputusan mesyuarat Kabinet negeri masing-masing.
Sabah bersama negeri jirannya itu biarpun sependapat dengan kerajaan persekutuan dalam undang-undang antimerokok, namun dari segi penguatkuasaan mempunyai ordinan kerajaan tempatan sendiri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment