Write For Us

Larangan penjualan air zam zam tidak dipatuhi segelintir peniaga

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
85 Views
Published
Masih ada peniaga yang menjual air zam zam di pasaran walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Isnin lalu mengeluarkan kenyataan bahawa air itu tidak boleh dijual.

Tinjauan Harian Metro pada Rabu, di Jalan Tun Razak, mendapati air zam zam boleh dibeli pada harga RM45 untuk 1.5 liter, bagi 10 liter RM170, RM110 untuk kandungan lima liter dan RM15 botol kecil 500 mililiter.

Seorang wanita lingkungan 30-an yang mendakwa sebagai pekerja di situ berkata, penjualan khususnya tong besar 10 liter terpaksa dilakukan sorok-sorok sebab isu air zamzam sedang panas ketika ini.
Sementara, pekerja Bangladesh di sebuah premis pemborong bekalan makanan dari timur tengah di Jalan Tuanku Abdul Rahman berkata, stok yang ada di premis itu hanya ada lima kotak berisi botol besar kandungan 10 liter berharga RM120 dan tiada botol saiz lain yang dijual.
Orang awam, Eksekutif Teknologi Maklumat (IT) Johan Japar, 37, berkata Mufti tempatan juga sudah mengeluarkan pandangan sehaluan dengan arahan larangan penjualan air zam zam Arab Saudi serta KKM.
Katanya, hal ini menunjukkan tiada pengesahan tempat penjualan air zam zam di negara ini dan senario itu dibimbangi akan menyebabkan berlakunya penyelewengan
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment