Write For Us

Zahid: Selain ibadah, aspek keselamatan harus dipatuhi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Pusat Tahfiz supaya mematuhi aspek-aspek keselamatan.
Zahid melawat Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar pagi tadi menyebabkan kematian 25 orang kebanyakannya pelajar.
"Piawaian keselamatan mesti dipatuhi semua pihak dengan tidak berhajat untuk campur tangan dalam pentadbiran.
"Tetapi demi keselamatan anak-anak pelajar serta tenaga pengajar, kita harus mengetahui nyawa harus diberi keutamaan.
"Biarpun ibadah didalam pengajian ini diberi keutamaan tetapi aspek-aspek keselamatan haruslah dijaga" kata Zahid ketika sidang media.
Pusat tahfiz yang terbakar di Keramat di ibunegara hari ini tidak memiliki sijil kelayakan menduduki bangunan selain telah diubah suai daripada struktur asal, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.
Beliau berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat ada menerima permohonan sijil perakuan berkenaan daripada pihak pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung bulan lepas, namun masih belum diluluskan.
"Mengikut pelan asal bangunan itu, ia berkonsep terbuka, tetapi telah dibina tembok dan tidak ikut pelan asal.
"Bangunan ini juga belum ada kebenaran untuk beroperasi daripada pihak bomba," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment