Write For Us

Zahid: Menteri kabinet ketepikan soal politik, fokus ibadah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
150 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan rakan politiknya untuk menggunakan kesempatan yang ada di tanah suci Mekah untuk beribadah dan bukannya berpolitik.
Ahmad Zahid berkata ini kerana beliau tidak mahu agama digunakan untuk berpolitik.
"Jangan gunakan agama untuk politik tetapi gunakan politik untuk perkuatkan agama dan itu pegangan yang harus ada pada kita.
"Penyanyi, saya pesan jangan nyanyi sewaktu di sana, rakan-rakan politik saya, saya ingatkan oleh kerana waktu wukuf singkat guna masa singkat itu dekatkan diri dengan Allah.
"Kenapa perlu tidur? Kenapa perlu bersembang? Waktu singkat gunakan untuk ibadat, buku-buku doa baca," kata Ahmad Zahid.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada majlis pelepasan 438 jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya hari ini.
Terdahulu, empat ahli Kabinet dan seorang Menteri Besar turut bersama-sama 484 jemaah berlepas ke tanah suci hari ini.
Antaranya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadzillah Yusof, dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah bersama pasangan masing-masing.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment