Write For Us

'Semua ahli politik perlu ketepikan desakan adakan PRU'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
44 Views
Published
Pengasas Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kebanyakkan anak muda sudah letih dengan percaturan politik di negara ini.

Beliau yang juga bekas menteri belia dan sukan berkata mereka mahukan masalah-masalah mereka diselesaikan seperti tidak mempunyai laptop bagi tujuan pendidikan, tidak mendapat pekerjaan dan sebagainya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab mengapa anak muda di Malaysia seolah-olah membisu tentang perkembangan semasa di negara ini.

Oleh itu, katanya semua pemimpin politik perlu fokus menyelesaikan isu-isu rakyat dan bukannya mendesak adakan pilihanraya secepat mungkin.

Beliau berkata demikian dalam satu program temubual bersama Mahfuz Omar dan Liew Chin Tong yang disiarkan di Facebooknya.

Sumber video: https://www.facebook.com/syedsaddiqofficial/videos/738386346816034
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment