Write For Us

'NIOSH pantau aspek keselamatan di sekolah, tahfiz'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
139 Views
Published
Institusi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Negara (NIOSH) di bawah Kementerian Sumber Manusia akan mengambil tanggungjawab dalam menentukan keselamatan di sekolah-sekolah seluruh negara dan juga Pusat Tahfiz.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya menjemput NIOSH dalam task force menyiasat tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur serta bagi memastikan keselamatan di semua institusi pengajian itu mencapai piawaian yang ditetapkan.
“Task Force ini akan menyarankan NIOSH membantu Maahad tahfiz termasuk yang di luar kementerian pendidikan, di luar JAKIM tapi di bawah jabatan agama Islam negeri-negeri. Kita berhasrat untuk campur tangan supaya keselamatan anak-anak dan guru-guru diberi keutamaan.
“Ini tugas NIOSH, walaupun maahad tahfiz tidak dekat dihati Pengerusi NIOSH Tan Sri Lee Lam Thye tapi beliau buta warna demi keselamatan, beliau akan bersama saya akan menentukan sekolah-sekolah itu selamat , sekolah itu mencapai piawaian yang ditetapkan,” katanya.
Zahid berkata demikian ketika Majlis Perasmian Persidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kali ke-20 (COSH 2017) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment