Write For Us

Lari dari coronavirus, warga Singapura bercuti panjang di Johor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
80 Views
Published
Ramai rakyat Singapura yang bimbang dengan pengumuman Kementerian Kesihatan republik itu mengenai pengesahan kes pertama coronavirus, memutuskan untuk menghabiskan cuti panjang sempena Tahun Baharu Cina di luar negara termasuk ke bandar raya Johor Bahru.
Kes pertama virus baharu itu disahkan pada Khamis malam, 23 Januari, membabitkan warga emas 66 tahun dari Wuhan, China, yang bercuti ke Singapura. Anak lelaki warga emas itu yang berusia 37 tahun turut disyaki dijangkiti manakala lapan lagi yang sempat masuk Johor, kini dikuarantin di sebuah hotel di Johor Bahru.
Tinjauan di perkarangan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, mendapati kebanyakan rakyat Singapura yang memasuki negara ini sempena cuti panjang Tahun Baru Cina juga turut memakai penutup hidung dan mulut.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment