Write For Us

Lawatan PM ke AS bukan rasmi, dakwa Rafizi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
150 Views
Published
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke White House bukan lawatan rasmi ketua kerajaan seperti kelazimannya.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, hujahnya berasaskan bahawa ketiadaan protokol tertentu seperti tidak ada upacara sambutan rasmi yang diadakan semasa ketibaannya.
Beliau berkata demikian pada sesi langsung di Facebook hari ini.
Rafizi seterusnya memetik maklumat daripada "sumber yang boleh dipercayai" dan mendakwa Najib tidak akan tampil dalam sidang akhbar bersama dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump selepas perjumpaan mereka.
KiniTV tidak boleh mengesahkan secara bebas tuduhan Rafizi itu dan telah menghubungi pejabat Perdana Menteri untuk mendapatkan ulasan lanjut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment