Write For Us

Lawatan Raja Salman lenyapkan tuduhan palsu M'sia negara gagal - Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
129 Views
Published
Lawatan negara Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud ke Malaysia baru-baru ini melenyapkan tuduhan palsu tidak bertanggungjawab yang mendakwa Malaysia kononnya negara gagal.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata lawatan yang mempunyai kepentingan dari pelbagai sudut itu, nyata membuktikan maklumat salah mengenai Malaysia yang disampaikan kepada kerajaan Arab Saudi, adalah tidak berasas.
Katanya lawatan Raja Salman amat signifikan dari pelbagai sudut, iaitu ia merupakan pengiktirafan terhadap Malaysia yang terpilih sebagai negara pertama (di Asia Tenggara) yang baginda lawati.
"Kalau ada pihak yang menidakkan kononnya kita negara gagal, ekonomi tak stabil yang menyebabkan maklumat-maklumat salah disampaikan kepada pihak Arab Saudi terutama Aramco (Saudi Arabian Oil Company) kononnya KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) bankrap, tak ada duit nak bayar gaji penjawat awam.
"Bila Raja Salman melawat Malaysia, lenyap segala tuduhan palsu yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab itu ," katanya pada sesi pertanyaan menteri dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Najib menjawab soalan Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang ingin tahu impak dan kepentingan lawatan Raja Arab Saudi itu ke Malaysia, baru-baru ini.
Menurut beliau, semasa lawatan itu sebanyak tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama antara pihak swasta Malaysia dan Arab Saudi telah dimeterai, melibatkan potensi perdagangan dan pelaburan merentas sempadan yang bernilai RM9.75 bilion.
Najib menegaskan bahawa kemuncak lawatan itu adalah pelaburan ekuiti yang membabitkan syarikat minyak kedua-dua buah negara iaitu Petronas dan Saudi Aramco bagi penyertaan Aramco dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (RAPID).
Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan berkata hasil lawatan itu juga, Raja Salman telah berkenan menambah kuota haji, jemaah Malaysia.
Selain itu, katanya, baginda juga akan mempertimbangkan secara mendalam permohonan Malaysia untuk menyewa tanah, bagi tujuan pembinaan kompleks penginapan untuk kemudahan jemaah Haji Malaysia, pada masa hadapan.
Najib berkata Raja Salman juga menaruh keyakinan penuh terhadap kestabilan politik dan ekonomi Malaysia, sekaligus meletakkan hubungan dua hala Malaysia dan Arab Saudi berada pada kedudukan terbaik, serta tahap yang tertinggi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment