Write For Us

"Lebih baik duduk seorang dalam gua," nasihat Sultan Johor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
127 Views
Published
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah sekali lagi menerangkan tindakan baginda terhadap isu dobi mesra Muslim adalah kerana tanggungjawabnya sebagai ketua agama negeri untuk mengekalkan keamanan dan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara itu.
Titah baginda, tindakan itu diambil segera kerana beliau percaya dengan meletakkan papan tanda tersebut boleh menyebabkan perpecahan kerana wujud perasaan curiga atau buruk sangka kepada penganut agama lain.
Malah, titah baginda, ia juga menggambarkan cara hidup Islam yang ekstrim.
"Ia juga menggambarkan cara hidup Islam yang ekstrim sedangkan agama Islam itu sentiasa mengutamakan keharmonian dan berbuat baik serta adil kepada orang yang tidak seagama. Pemikiran yang sempit ini bukanlah cara masyarakat Islam di Johor.
"Sebagai contoh, setiap orang ada membawa duit kertas yang telah bertukar-tukar tangan. Duit yang sama juga mungkin dipegang oleh penjual babi, penjual arak dan mungkin terkena najis-najis berat. Adakah selepas ini kerajaan kena pula mengeluarkan duit yang mesra Muslim? Saudara fikir lah sendiri.
"Bagaimana pula dengan tempat duduk di tempat awam yang mungkin di jilat anjing, atau bantal dan selimut di hotel yang mungkin pernah terkena najis? Perkara ini tidak akan berakhir. Kalau semua tak boleh, nasihat saya lebih baik duduk seorang di dalam gua dan tidak perlu hidup masyarakat," titah baginda.
Baginda bertitah ketika Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kali ke-17 hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment