Write For Us

Lebih banyak rumah mampu milik mulai 2020

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
91 Views
Published
Lebih banyak rumah mampu milik berharga kurang RM300,000 bakal dibina mulai tahun depan dengan penyertaan pemaju persendirian.
Ia secara tidak langsung memberi lebih banyak pilihan khususnya kepada mereka yang tergolong di bawah kumpulan 40 peratus pendapatan terendah (B40), 40 peratus pendapatan sederhana (M40) dan belia untuk memiliki kediaman sendiri.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui insiatif Projek Perumahan Mampu Milik Swasta menjangkakan kumpulan kedua yang disertai 15 hingga 20 pemaju persendirian akan mengambil bahagian dalam inisiatif berkenaan pada Januari 2020.
Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, inisiatif berkenaan dilakukan bagi memastikan lebih banyak projek rumah mampu milik dapat dibangunkan dengan kerjasama pemaju persendirian.
Beliau berkata pada majlis prapelancaran Projek Perumahan Mampu Milik Swasta yang diadakan di Putrajaya, pada Jumaat 8 November.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment