Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Pahang untuk mendapatkan tanah yang sesuai untuk projek perumahan mampu milik di negeri itu.
Menurutnya, kementerian akan mengelakkan daripada menyediakan tanah di kawasan "jin bertandang" yang lazimnya terletak jauh dari pelbagai kemudahan dan pengangkutan awam sehingga membebankan rakyat.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sesi bertemu penduduk di Felda Sungai Jelai 1, Pahang hari ini.
Katanya, antara kriteria yang perlu bagi perumahan mampu milik, adalah tanah berkenaan harus berdekatan dengan pengangkutan awam dan pelbagai kemudahan untuk penduduk setempat.
Zuraida berkata demikian ketika lawatan berkempen dua hari bagi Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands yang bakal berlangsung 26 Januari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment