Write For Us

Lelaki dipenjara 584 tahun, sebat 146 kali

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
121 Views
Published
Bekas pembantu tadbir Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) dihukum penjara selama 584 tahun dan dikenakan 146 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka pada Rabu 13 November terhadap 146 pertuduhan membabitkan kes pecah amanah dana biasiswa pelajar sekolah berjumlah lebih RM2.4 juta.
Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Mohd Hanafi Ismail, 31, sebaik tertuduh membuat pengakuan itu selepas jurubahasa membacakan semua pertuduhan dan fakta kes terhadapnya yang mengambil masa kira-kira dua jam.
Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun dari tarikh jatuh hukum bagi setiap pertuduhan dan kesemua hukuman itu berjalan serentak dan satu sebatan bagi setiap 146 pertuduhan.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment