Write For Us

Lelaki ditahan curi balak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Seorang lelaki yang sedang leka memotong kayu balak ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) di Hutan Simpan Kekal Gunung Bongsu, di Sungai Tengas, Kulim, petang 19 Februari.
Pengarahnya, Roslan Rani, berkata lelaki berusia 47 tahun itu ditahan kira-kira jam 5 petang semasa anggota JPNK melakukan rondaan dan pemantauan di sekitar sempadan hutan berkenaan.
Roslan, berkata berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai melakukan kegiatan itu sejak minggu lalu dan menjual kayu berkualiti tinggi mengikut permintaan pasaran tempatan.
Suspek yang ditahan dibawa ke Balai Polis untuk tindakan lanjut dan kes ini disiasat dibawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment