Lima kali dikenakan tindakan sebelum ini, namun tetap terus ulangi aktiviti menghasilkan kayu bergergaji menggunakan kilang papan haram di Kampung Sungai Bayas Jalan Sungai Lembing.
Pada serbuan kira-kira sembilan pagi semalam anggota penguatkuasa Zon Pahang Timur Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mendapati kilang papan berkenaan sekali lagi beroperasi secara haram.
Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasa Zon Pahang Timur, Muhammad Firdaus Abdul Kadir@Yusof berkata, siasatan pihaknya juga mendapati balak yang diproses adalah kayu curi sebelum dipindahkan ke kilang terbabit.
Menurutnya, tindakan tegas diambil dengan menyita tiga jentera penyanggah balak (Kiap), tiga unit mesin memotong papan (Crosscut) dan lima unit mesin gergaji membelah kayu (Bandsaw).
Katanya, turut disita 40 balak pelbagai saiz spesies meranti, keruing dan balau bernilai lebih RM20,000 yang disorok di belakang rumah kongsi pekerja dalam kawasan kilang terbabit.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment