Write For Us

Lim minta maaf kekalkan kilang haram warisan era BN

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
131 Views
Published
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, memohon maaf sekiranya struktur kilang haram yang diwarisi sejak zaman pemerintahan BN banyak menyusahkan rakyat negeri itu.
Katanya kerajaan negeri tidak menafikan wujud kesan negatif serta masalah kepada orang ramai apabila semua struktur yang ada sejak sebelum 2008 dikekalkan.
Tarikh 2008 dirujuk Lim itu ialah tempoh permulaan kerajaan Pakatan Rakyat mula mentadbir Pulau Pinang selepas BN diketepikan melalui pilihan raya umum ke-12.
Beliau berkata demikian kepada media di George Town semalam.
Kenyataan Lim itu dibuat ketika isu kilang tanpa lesen menjadi panas dan salah seorang exco kerajaan negeri ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Phee Boon Poh yang bertanggungjawab bagi portfolio kebajikan, masyarakat penyayang dan alam sekitar ditahan ekoran siasatan SPRM terhadap sebuah kilang penapis karbon di Sungai Lembu, Seberang Prai Tengah yang didirikan tanpa lesen pada 2007.
Bagaimanapun Phee berjaya mendapat kebenaran mahkamah bagi membatalkan reman yang diberikan kepada SPRM semalam selepas dia mencabarnya di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Lim berkata kerajaan negeri membuat keputusan supaya struktur dan penjaja haram yang diwarisi daripada kerajaan BN sejak 8 Mac 2008 tidak akan dirobohkan seweneng-wenengnya.
Tambah beliau, ada pihak yang bertanya kenapa sesetengah bangunan dirobohkan tetapi sesetengahnya tidak.
Namun katanya pihak terbabit enggan menyebut secara jelas bahawa bangunan itu dibina sebelum atau selepas 2008.
Lim yang juga anggota dewan undangan negeri Air Putih menjelaskan, semasa Pulau Pinang ditadbir BN mereka juga tidak merobohkan semua kilang tanpa lesen itu.
Bagaimanapun, katanya, BN mengkritik kerajaan negeri apabila dasar sama dilaksanakan ketika ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment