Write For Us

'Lelaki gemuk' kesal Tun M hina fizikal, berat badan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
159 Views
Published
Aktivis sosial Melaka, Muhammad Akram Ahmar kesal dan kecewa dengan ucapan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ceramah BERSATU baru-baru ini yang menghina bentuk dan berat badan seseorang sambil menyifatkan tindakan itu tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif.
Muhammad Akram, 26 tahun, berkata dalam dunia yang bertamadun, masih ramai yang membuat lawak dan memperlekeh personaliti seseorang berdasarkan rupa paras.
"Dr Mahathir seperti negarawan nyanyok yg hilang modal politik, menghina orang gemuk dengan menggambarkan orang gemuk makan rasuah dan jahat. Ya kamu ingin tujukan kepada isteri perdana menteri tetapi politik harus ulas fakta bukan menghina fizikal lebih-lebih lagi secara umum.
"Bagaimana kalau isteri kamu Dr Siti Hasmah gemuk, adakah kamu akan ceraikan dia? Mengambil kira apa yang Dr perlekehkan tentang berat badan, ada 41 penyakit yang membuatkan mana-mana individu menambah berat badan. Gemuk tidak jahat dan ramai orang gemuk bukan pilihan mereka. Saya sendiri gemuk sebab pengambilan ubat akibat penyakit asthma kronik dan menderita edema. Saya sebelum ini atlet dalam beberapa sukan disekolah sehingga ke peringkat negeri.
"Yang penting kami gemuk tak kacau orang dan tak cakap berpusing pusing, menipu sana sini, korup, kayakan keluarga dan keturunan," katanya dalam sidang media hari ini.
Muhammad Akram juga mendesak Mahathir memohon maaf dan menghentikan politik memperbodohkan rakyat.
"Dengan perangai Dr Mahathir yang seperti hilang punca ini kami anak muda sendiri jijik untuk menggelar kamu Tun. Kamu perlu minta maaf.
"Jangan ingat kamu kaya raya, mewah boleh hina orang sesuka hati. Cukuplah membodohkan rakyat selama ini," katanya.
Ia gara-gara ucapan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Jitra baru-baru ini yang menyebut beliau “tidak mahu gemuk gedempol macam isteri satu orang (itu)”.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment