Write For Us

"Lelaki ke perempuan tak kan tak kenal?" - Menteri beri amaran agensi pelancongan bawa Sajat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
107 Views
Published
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi berkata beliau akan memberi amaran kepada agensi pelancongan Albayt Travel (M) Sdn Bhd yang membawa ahli perniagaan kontroversi, Nur Sajat yang menunaikan umrah sehingga menjadi tular kerana berpakaian wanita di Mekah.
"Kita akan nasihat dulu, kalau dia (Albayt Travel (M) Sdn Bhd) buat lagi, mungkin kita akan batalkan lesennya,"
"Kita akan hubungi. Kita akan beri dia amaran," kata beliau ketika sidang media di MoTAC, hari ini.
Terdahulu, isu Nur Sajat menunaikan umrah dengan berpakaian seperti wanita mencetus rasa tidak puas hati dalam kalangan banyak pihak. Antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof yang menyifatkan tindakannya itu sebagai mencemarkan imej Islam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment