Write For Us

'Liwat anak buah': Johari cabar Husni ulangi kenyataan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dicabar mengulangi tuduhan liwat yang dilemparnya terhadap tokoh pembangkang yang dipenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata Husni mesti berbuat demikian memandangkan Anwar tidak dapat membela dirinya di Dewan Rakyat ketika tuduhan itu dibuat Rabu lalu.
"Bagaimana Tambun pada minggu lepas, cakap cantik dah. berucap cukup cantik. Mula-mula dia setuju masa jadi menteri kewangan dulu, dia bentangkan dia kata semua baik, GST baik, kemudian 1MDB baik, macam-macam dia kata baik. Kita tak kata apa. Kita tanya soalan dia tak mahu jawab. Tapi bila dia rasa ada sesuatu tak kena dengan Pekan sebagai perdana menteri, dan juga kerajaan Umno dan BN, dia berhenti. Tapi bila minggu lepas dia buat U-turn sokong Pekan, sokong kerajaan kita tak kata apa biasalah orang politik U-turn biasa.
"Tetapi memaki hamun, mengeluarkan kata-kata kesat terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir dan juga timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin yang dulu bos dia, dia mengatakan Anwar Ibrahim kaki liwat. Yang ini saya tak boleh terima. Sebab dia sebut: Saya tahu Anwar Ibrahim kaki liwat. Saya ini orang kuat Anwar Ibrahim dan orang yang diliwat itu anak sedara saya.
"Kamu nak buat U-turn buatlah. Kamu nak sokong perdana menteri, sokonglah. Tapi untuk kamu mendapat posisi balik dengan menghentam kawan-kawan bekas kawan kamu dari dewan ini, saya rasa ini suatu yang agak tidak manis. Tambun ini nampak dah segak dah, nampak alim tetapi bila dia keluarkan kata-kata yang cukup tak elok.
"Saya nak cabar dia, Tambun kamu buat kenyataan di luar mengatakan bahawa anak sedara YB telah diliwat Anwar Ibrahim," kata Johari.
Menurut Hansard, minggu lalu Husni ketika itu sedang membidas beberapa pemimpin pembangkang selepas memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan berkata, Malaysia akan mencapai tahap rasuah sifar apabila Datuk Seri Najib Razak berundur suatu hari nanti.
Pada satu ketika, Husni menuduh Anwar sebagai seorang peliwat dan berkata: “Liwat, dia terlibat dengan anak buah saya.”
Husni tidak menerangkan apa yang dimaksudkannya dengan "anak buah" yang mungkin membawa erti "orang bawahan" atau “anak saudara” dalam Bahasa Melayu.
Setelah diasak oleh ahli parlimen pembangkang yang menuntutnya menarik balik kenyataannya, beliau menyebut satu nama.
Johari berkata pembangkang akan membuat laporan qazaf terhadap Husni jika beliau tidak dapat membuktikan dakwaannya itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment