Write For Us

Liwat II: "RPK, tarik balik tuduhan atau tunggu tindakan," kata Musa Hassan

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
124 Views
Published
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi kata dua kepada blogger Raja Petra Kamaruddin untuk sama ada menarik balik tuduhan fitnahnya atau berdepan dengan tindakan saman.
Ini berhubung laporan yang mendakwa beliau adalah sebahagian daripada plot untuk menghumban bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita dalam sidang media hari ini.
Musa berkata, jika Raja Petra tidak memohon maaf dan menarik balik artikel yang salah itu, beliau akan membuat laporan polis berhubung fitnah jenayah serta memfailkan tuntutan mahkamah terhadap penulis blog yang menjadi buruan polis itu.
Jika permintaannya dipenuhi, bekas ketua polis negara itu berkata beliau sedia memaafkan Raja Petra.
Ditanya bagaimana beliau akan mengheret penulis blog itu - yang kini tinggal dalam buangan di UK - ke mahkamah, Musa berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya.
Sebuah artikel di blog Raja Petra, Malaysia Today mendakwa bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Musa untuk menghumban Anwar ke penjara dalam kes Liwat II.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment