Write For Us

Musa Hassan tidak terlibat isu Mon Space, kata pengasas

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
196 Views
Published
Pengasas Mon Space, Datuk Seri Jessy Lai menafikan penglibatan bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan dalam operasi syarikat berasaskan skim cepat kaya itu.
Namun, Jessy memaklumkan Musa hanya dilantik sebagai Presiden Mon Space Net Inc sahaja.
"Sebelum Musa bersetuju dilantik menjadi presiden, sudah tentu beliau periksa kesemuanya," jelas Jessy.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas di pejabatnya hari ini.
Berdasarkan carian di Internet, Mon Space Net Inc. bercadang untuk mengendalikan pasaran dalam talian bagi menjual produk dan perkhidmatan kepada ahli-ahlinya menggunakan perniagaan untuk model pengguna.
Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2015 dan berpusat di Petaling Jaya, Selangor.
- Bekas IGP diberi masa 24 jam jawab isu Mon Space
Semalam, Ahli Parlimen DAP-Segambut, Lim Lip Eng memberi masa 24 jam kepada Musa bagi menjelaskan tindakan seterusnya bagi membela nasib sekumpulan pelabur dari China yang melabur di dalam skim pelaburan cepat kaya, Mon Space yang didakwa didalangi pengasasnya, Datuk Seri Jessy Lai.
Lim juga mempersoalkan sama ada Musa mempunyai manfaat dalam sindiket skim haram tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment