Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berpendapat tiada apa yang salah bagi netizen yang menyamakan logo baru gabungan itu dengan logo Star Trek.
Beliau berkata, terdapat persamaan logo gabungan itu dengan logo Star Trek seperti slogan siri sains fiksyen berkenaan yang bermaksud "Berani ke tempat yang tidak pernah dijejaki manusia".
"Ia agak seperti itu (tagline) kerana tak ada siapa yang pernah mengalahkan BN," katanya kepada pemberita semasa majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kajang hari ini.
Diminta mengulas mengenai respons terhadap logo baru itu, beliau menjelaskan mereka sebenarnya memilih reka bentuk tersebut kerana ia melambangkan "harapan yang menggunung".

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment