Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat Lokman Noor Adam mahu membawa klip video seks sejenis yang tular di media sosial yang didakwa mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali ke Indonesia untuk dianalisis sebuah syarikat pakar forensik video di negara itu.
Kata Lokman, dia yang mengetuai misi itu akan bertolak ke Indonesia pada malam Khamis ini.
Lokman berkata hasil keputusan itu kelak akan diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia.
Dia berkata demikian pada sidang media di luar Parlimen pagi tadi.
Azmin sebelum ini menyifatkan klip video seks sejenis itu, yang memaparkan seorang lelaki menyerupainya sebagai sebahagian daripada kempen jahat untuk merosakkan kerjaya politiknya.
Selepas video itu dibocorkan, bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz mendakwa bahawa dia adalah orang dalam klip itu dan insiden itu dirakamkan tanpa pengetahuannya di bilik hotel Azmin di Sandakan, Sabah.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment