Write For Us

Polis cari pakar analisa video semburit mirip menteri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
76 Views
Published
Polis sedang mendapatkan khidmat pakar untuk menganalisis kandungan video seks sejenis yang menyasarkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali.
Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya sudah mendapat arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk mengambil langkah seterusnya.
“Arahan sudah dikeluarkan, kami sedang dapatkan khidmat menganalisis kandungan video tersebut.
“Untuk jalankan siasatan dalam kes sebegitu tinggi sudut teknikal bukan senang, sebagai IGP (ketua polis negara) saya tidak ada kepakaran itu,” katanya dalam program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, semalam.
Hamid berkata, polis sedang mengumpul pandangan daripada entiti lain yang mempunyai kepakaran sama.
“Hanya selepas itu kami akan bawanya ke mahkamah dan kemuka semua bukti yang kami ada.”
Pada 12 Jun lalu, bekas ketua Pemuda PKR Bahagian Santubong, Haziq Aziz mengakui terbabit dalam video seks sejenis itu dan menamakan Azmin sebagai pasangannya, tetapi ia dinafikan timbalan presiden PKR itu yang menyifatkannya komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment