Write For Us

LTTE masih lagi diklasifikasikan kumpulan pengganas

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
55 Views
Published
Kerajaan Malaysia masih mengklasifikasikan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sebagai pengganas sejak 12 November 2014.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Dr Ismail Mohamed Said berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai asas kukuh untuk mengekalkan penyenaraian LTTE menurut Seksyen 66B (1), Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ini kerana katanya, LTTE masih mempunyai ideologi yang boleh menimbulkan ancaman terhadap ketenteraman awam, keselamatan rakyat dan negara ini.

Beliau menjawab soalan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) yang bertanya bagaimana LTTE masih menjadi ancaman keselamatan sedangkan ia tidak lagi wujud sejak 2009.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment