Write For Us

'Mahkamah asyik tunda kes je' - Isteri tahanan LTTE sebak kena tunggu lagi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
82 Views
Published
Exco Melaka yang dituduh bersama 11 yang lain berikutan dituduh kaitan dengan Kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) telah menghantar perwakilan untuk dipertimbangkan kepada Peguam Negara (AG).
Peguam G Saminathan Ramkarpal Singh memberitahu hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa surat itu dihantar kepada Tommy Thomas pada hari Isnin.
"AG memerlukan masa untuk mempertimbangkannya dan berharap mahkamah dapat membenarkan penangguhan yang singkat," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Iskandar Ahmad berkata beliau tidak mempunyai bantahan untuk menangguhkan perbicaraan sama ada jaminan boleh ditawarkan kepada mereka yang dikenakan kesalahan berkaitan keganasan.
Menurut salah seorang isteri tahanan LTTE yang berada di kompleks mahkamah merasa sedih kerana penangguhan kes pendengaran dan terpaksa menunggu tarikh 26hb November 2019 untuk mendapat respon keputusan dari Peguam Negara
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment