Write For Us

Luka peribadi lebih kecil, Anwar pertahan Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Keperitan peribadi dan luka yang dialami adalah kecil jika dibandingkan dengan kepentingan rakyat dan masa depan negara, luah pemimpin ketua umum HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini berikutan apabila rakan-rakan beliau dari SUARAM, Otai Reformasi, Parti Sosiolis Malaysia, beberapa NGO dan badan Islam serta aktivis mempertikai keputusan pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang melantik Tun Dr Mahathir Mohamad dalam barisan kepimpinan.
Anwar menegaskan HARAPAN tidak boleh disamakan dengan Barisan Nasional (BN) kerana HARAPAN wadah demokratik yang tidak membatasi kuasa kepada bilangan kepimpinan atau elit dalam parti namun mengambilkira rintihan dan denyut nadi rakyat. Secara peribadi Anwar mengalu-alukan kesediaan Tun bagi mengharungi perjuangan bersama dimana kini Tun jelas bergelut dalam medan yang berbeza dan keadaan suasana tertekan.
Bagaimanapun, Anwar menghargai teguran mahupun perasaan khuatir yang ada dalam diri rakan-rakan beliau yang pernah melalui keperitan memperjuangkan parti pembangkang. Anwar berkata, muafakat inklusif HARAPAN memuktamadkan prinsip asas perjuangan ke arah negara demokratik, adil dan saksama.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment