Write For Us

Macam alasan sama digunakan BN - Zuraida

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
86 Views
Published
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin hari ini berkata pemimpin PKR harus lebih proaktif dalam menangani tuduhan politik wang dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung.
Bercakap kepada wartawan di lobi parlimen, Zuraida menafikan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Aduan, Rayuan dan Disiplin PKR Syed Husin Ali semalam bahawa tiada tindakan boleh diambil kecuali jika aduan rasmi telah dibuat.
"Anda perlu bertanggungjawab untuk pilihan raya ini sekiranya ada apa-apa penyelewengan atau apa-apa. Anda perlu proaktif," kata Ahli Parlimen Ampang sebagai tindak balas kepada kenyataan Syed Husin bahawa tidak ada aduan rasmi mengenai politik wang yang dibuat kepada jawatankuasanya
Zuraida, yang mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Ampang tanpa bertanding, juga menegaskan bahawa jawatankuasa itu harus bertindak berdasarkan laporan media mengenai pelbagai dakwaan yang ditimbulkan sejak awal pemilihan PKR.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment