Write For Us

"Macam mana Jamal dapat butiran ini," soal Xavier

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
150 Views
Published
Pembangkang di Selangor menggunakan kaedah yang sama digunakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akibat ketandusan idea untuk menyerang Kerajaan Pakatan negeri itu.
ADUN Seri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar berkata taktik terbabit adalah cara menyerang kredibiliti kerajaan negeri dengan berita palsu di media kawalan mereka sama seperti yang dilakukan Trump ketika bertanding merebut jawatan itu.
“Saya nampak taktik yang digunakan pembangkang di Selangor adalah sama seperti model Trump di Amerika Syarikat di mana Trump di AS menggunakan kuasa media untuk membesarkan berita palsu melalui media yang dipegang untuk memburukkan nama Negeri Selangor.
“Mereka tiada pilihan dan tiada idea bagaimana nak dapatkan kerusi dalam Kerajaan Negeri. Jadi mereka gunakan cara yang palsu. Inilah yang berlaku.
"Tiada orang yang nak buat tetapi hanya orang gila seperti Jamal sanggup melakukannya,” katanya.
Xavier berkata demikian ketika membahaskan usul menyembah ucapan terima kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri hari ini.
Jelasnya, tindakan pemimpin BN menyerang pentadbiran Selangor dalam isu Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sejak kebelakangan ini disebabkan pilihan raya semakin hampir.
Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dialu-alukan memeriksa akaun dan dokumen di pejabatnya berhubung pembayaran SMUE.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment