Write For Us

"Mahathir 'gila' kata Malaysia akan jadi negara asing" - Nazri

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
138 Views
Published
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "gila" apabila mendakwa tanah yang dijual kepada orang asing akhirnya akan menjadi negara ini tanah asing.
"Dia gila. Kita jual tanah kepada kedutaan untuk buat bangunan kedutaan. Syarikat luar untuk membina projek mereka ini bukan satu kesalahan"
"Sedangkan sebelum ini banyak juga tanah telah dijual ketika zaman Tun Mahathir lagi. Kenapa dia tidak fikir pasal itu masa dia jual tanah," soal Nazri
Nazri berkata demikian selepas hadir pada acara gemilang persembahan gendang 24 perayaan bagi mencipta rekod Malaysia Book of Records di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tsun Jin, Kuala Lumpur hari ini.
Free Malaysia Today sebelum ini melaporkan Mahathir mendakwa tanah yang dijual kepada orang asing akhirnya akan menjadi negara asing.
Bekas perdana menteri itu memberi amaran rakyat Malaysia boleh menjangkakan sejumlah kawasan besar akan menjadi enklaf atau wilayah orang asing.
Mahathir juga dilapor mendakwa kehadiran warga asing itu akan membawa kesan besar terhadap landskap politik negara pada masa depan.
Beliau mengecam tindakan kerajaan “menjual sejumlah besar tanah” kepada firma asing dengan berkata, Datuk Seri Najib Razak memberi takrif baru kepada pelaburan langsung asing (FDI).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment