Write For Us

"Pelaburan asing meningkat, 1MDB tidak lagi jadi isu," kata Noh Omar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
143 Views
Published
Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar berkata pelaburan langsung asing (FDI) yang berkembang di Malaysia telah membuktikan bahawa kemelut 1MDB merupakan perkara pada masa lalu.
"(1MDB) tidak lagi satu isu," katanya ketika ditanya pada sidang media selepas saksi usahasama RM2.1 bilion projek pembangunan bercampur di Kuala Lumpur.
Kerajaan telah menjelaskan isu 1MDB di Parlimen kepada pembangkang, yang sehingga kini masih enggan mendengar, menurut Noh.
Noh berkata pembangkang hanya mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang gagal dan muflis.
Tetapi apabila negara dalam keadaan baik dengan kemasukan pelaburan asing baru, beliau berkata, mereka tidak gembira dan mula bercakap tentang kedaulatan negara khususnya berhubung dengan peningkatan kerjasama berbagai pihak antara Malaysia dan China.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment