Syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), akan ditutup sebaik saja semua hutangnya berjaya diselesaikan.
Memetik Berita Harian, Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata beliau yakin syarikat itu mampu membayar segala hutang melalui pelan rasionalisasi sedang dilaksanakan.
Irwan yang juga Ketua Setiausaha Perbendaharaan, berkata hutang terbabit akan dibayar daripada hasil pendapatan projek mega kerajaan seperti pembinaan bandar Tun Razak Exchange (TRX), menara The Exchange 106 yang tertinggi di Malaysia, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta Transit Aliran Massa Kedua (MRT 2).
Irwan berkata wang hasil pembangunan jangka panjang itu akan digunakan untuk membayar hutang 1MDB.
Irwan juga dipetik berkata, 1MDB adalah sama seperti syarikat lain yang ditubuhkan kerajaan untuk menjalankan perniagaan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment