Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam untuk menyerahkan memorandum 'Selamatkan Malaysia'.
Salah seorang orang kanannya, Datuk Khairuddin Abu Hassan memberitahu Malaysiakini bahawa pertemuan itu berlangsung di Istana Anak Bukit, Kedah petang semalam.
"Ia adalah satu pertemuan empat mata antara kedua-duanya. Mahathir tiba kira-kira pukul 4.30 petang dan mesyuarat itu berlangsung kira-kira satu jam lima belas minit," kata Khairuddin.
Bekas naib ketua Umno Batu Kawan itu berkata Mahathir membawa Deklarasi Selamatkan Malaysia dan dokumen yang didakwa ditandatangani 1.3 juta rakyat
Mahathir sebelum ini mengadu beliau tidak dibenarkan mengadap Agong untuk menyerahkan deklarasi tersebut.
Sumber yang rapat dengan Mahathir itu berkata mereka dimaklumkan bahawa Agong membenarkan Mahathir mengadap baginda pada hari Rabu.
Katanya, Mahathir tidak mengulas mengenai pertemuan tersebut selepas meninggalkan istana.
Deklarasi itu merupakan usaha oleh bekas pemimpin Umno, pembangkang dan NGO untuk menggesa pembaharuan institusi dan menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan perdana menteri.
Antara lain, deklarasi itu mendakwa Najib terbabit dalam skandal kewangan melibatkan syarikat pelaburan negara 1MDB.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment