Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam untuk menyerahkan memorandum 'Deklarasi Selamatkan Malaysia', namun tidak mengetahui secara terperinci pertemuan terbabit.
Mahathir, yang juga Pengerusi PPBM, membawa Deklarasi Selamatkan Malaysia dan dokumen yang didakwa ditandatangani 1.3 juta rakyat Malaysia.
Deklarasi itu merupakan usaha oleh bekas pemimpin Umno, pembangkang dan NGO untuk menggesa pembaharuan institusi dan menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan perdana menteri.
Antara lain, deklarasi itu mendakwa Najib terbabit dalam skandal kewangan melibatkan syarikat pelaburan negara 1MDB.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment