Write For Us

Rujuk 'MO1' sebagai Agong: Apa pendirian UMNO Kedah, soal Mukhriz

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
109 Views
Published
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa terdapat ramai pihak membuat laporan polis terhadap kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad di dalam Facebooknya, berhubung kes merujuk 'Malaysia Offcial 1' sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Kata Mukhriz, ia tidak boleh dilihat sebagai perkara yang remeh kerana yang dihina itu adalah Agong yang merupakan Sultan Kedah.
Menurut Mukhriz, beliau juga ingin tahu pendirian Badan Perhubungan UMNO Kedah berhubung isu tersebut sungguhpun Nawawi adalah Ketua UMNO bahagian Langkawi.
Mukhriz berkata demikan dalam video yang diambil dari Facebook Mukhriz Mahathir FC, semalam.
Berita Harian melaporkan Nawawi menjelaskan status kontroversinya mengenai Yang di-Pertuan Agong di media sosial tiada kena mengena dengan saman DOJ.
"Ada dua perkara yang berbeza dalam hal ini, DOJ sebut MO1 ialah Malaysian Official One, manakala saya pula menyebut Malaysia Official Number One," beliau dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian.
Semalam dalam tulisan di Facebooknya, Nawawi menulis bahawa berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab terhadap kerajaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment