Write For Us

Skuad Badar harus rujuk Kerajaan Kedah, bukan saya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
54 Views
Published
Skuad Badar dinasihatkan merujuk permasalahan mereka kepada kerajaan Kedah bukan dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof menjelaskan kuasa penguatkuasaan agama terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Beliau sekali lagi menegaskan, kewujudan dan gerak kerja Skuad Badar dianggap bertindih dengan penguatkuasaan agama negeri.
“Kuasa penguatkuasaan agama terletak di negeri. Saya jaga Persekutuan, jadi kalau Skuad Badar ini (beroperasi ) di Kedah.. kena jumpa orang Kedah lah, jadi kerajaan negeri urus apa saja masalah dengan orang Kedah.
“Di peringkat Persekutuan kami tidak ada Skuad Badar dan sebagainya. Kita hormati penguatkuasaan itu hanya datang daripada penguatkuasa agama negeri supaya tidak berlaku sebarang percanggahan,” katanya ketika ditemui media, di sini hari ini.
Semalam, kumpulan antikhalwat Kedah, Skuad Badar menuntut dialog dengan polis dan Mujahid.
Pengerusinya, Azhar Mohamad berkata mereka hanya mahu membantu Jabatan Agama Islam menangani masalah sosial.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment