Write For Us

'Zahid patut rujuk saya, itu namanya tabayyun'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Ismail Mina Ahmad menyifatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai 'tergelincir' ketika menafikan kenyataan kontroversialnya bahawa hanya orang Melayu yang bergadai nyawa untuk Tanah Melayu.
Ismail berkata Zahid sepatutnya merujuk beliau untuk penjelasan lanjut.
Zahid semalam dilapor menafikan kenyataan kontroversial Ummah bahawa hanya orang Melayu yang bergadai nyawa untuk Tanah Melayu.
Merujuk tulisan, pakar sejarah Tan Sri Khoo Kay Kim, Zahid berkata sejarah mencatatkan sumbangan pelbagai bangsa dalam memerangi Jepun semasa Perang Dunia II dan komunis semasa Darurat.
Ahad lalu, ketika berucap di Konvensyen Kebangkitan Ummah, Ismail mengingatkan hadirin tentang pengorbanan bangsa Melayu yang bergadai nyawa untuk Tanah Melayu.
Ismail turut menegaskan, perkara yang beliau katakan pada seminar berkenaan berkaitan pembunuhan orang Melayu oleh Bintang Tiga berdasarkan sejarah.
Bagaimanapun Ismail dalam menafikannya dan kenyataannya Ahad lalu yang menyebut hanya orang Melayu yang menentang Bintang Tiga telah diambil di luar konteks.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment