Write For Us

Mahathir tak pernah beri apa-apa pada Sarawak - menteri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
148 Views
Published
Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke Kuching tidak akan memberi kesan kepada pengundi Sarawak, kata menteri daripada Bumi Kenyalang Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
“Tiada kesan sama sekali. Kita telah lihat lihat lebih ramai daripada ini.
“Kali ini saya diberitahu 8,000 orang hadir, pada 2013 kita sudah lihat lagi ramai orang hadir, lagi pun majoriti saya (dalam pilihan raya) meningkat,” katanya.
Justeru pemimpin Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB) itu melihat perkara itu sebenarnya memberikan kesan negatif kepada pembangkang.
Menteri sumber asli dan alam sekitar itu juga berkata, semasa menjadi perdana menteri, Mahathir telah gagal memberikan sesuatu kepada Sarawak, seperti timbalannya ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ribuan orang hadir dalam pengumuman manifesto Pakatan Harapan di Kuching malam tadi.
Bagaimanapun, tarikan terbesar diberikan terhadap dua bekas musuh ketat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang yang bergandingan untuk menumbangkan BN di Sarawak.
Kehadiran Mahathir itu adalah yang pertama sebagai pembangkang di negeri yang selama ini dilihat sebagai kubu kuat BN itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment