Write For Us

Mahkamah benar Anwar hadir perbicaraan saman SPR

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
136 Views
Published
Mahkamah tiga ahli bangku Rayuan hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan hadir di mahkamah untuk kes sivil yang difaikannya terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid yang mengetuai panel tiga anggota itu, berkata, mereka sebulat suara membenarkan permohonan Anwar untuk hadir.
"Bagaimanapun ini adalah berkaitan dengan kes ini dan bukan yang lain. Kami tidak membuat sebarang perintah tentang kos," katanya.
Anwar pada mulanya dibenarkan untuk menghadiri prosiding berkaitan rayuannya bagi mencabar keputusan beliau tidak dibenarkan mengundi di kawasan Permatang Pauh tetapi perintah untuk hadir itu kemudiannya dibatalkan oleh timbalan pendaftar.
Dua hakim yang lain itu adalah Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Hasnah Hashim.
Bercakap kepada pemberita selepas prosiding itu, Anwar berkata, beliau mempunyai hak untuk berada di dalam mahkamah kerana perlu memberi arahan kepada peguamnya.
Katanya, beliau perlu hadir di mahkamah bagi memberi respon.
Anwar pada tahun 2015 memfailkan saman terhadap SPR dan memohon pengisytiharan bahawa beliau layak mengundi pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada tahun sama dan pada semua pilihan raya akan datang.
Sebelum ini, pengerusi SPR ketika itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan berkata bahawa Anwar, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun, hilang kelayakan daripada membuang undi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment