Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini berhubung satu kes saman fitnah oleh Anwar terhadap Khairy.
Anwar memohon RM100 juta sebagai ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan daripada Khairy berikutan ucapan beliau pada 19 Februari 2008, yang kemudiannya dilaporkan oleh Malaysiakini pada hari berikutnya.
Ketua Umum PKR itu mendakwa ucapan Khairy memberikan gambaran bahawa beliau seorang yang homoseksual.
Khairy adalah Naib Ketua Pemuda Umno pada masa itu dan melancarkan jentera pilihan raya BN Lembah Pantai menjelang pilihan raya umum ke-12.
Hari ini adalah tarikh perbicaraan kedua untuk kes saman fitnah itu yang berlarutan selama lapan tahun termasuk disebabkan gagal dalam proses mediasi.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment