Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mengketepikan saman AS$3.66 bilion oleh bekas senator Datuk Ezam Mohd Noor ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerajaan, 1MDB dan pengarah serta bekas pengarahnya.
Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad memutuskan bahawa Ezam tidak mempunyai lokus standi untuk memulakan saman itu bagi pihak warganegara Malaysia kerana beliau bukan pengarah atau pemegang saham dalam 1MDB.
Hakim juga memutuskan bahawa saman Ezam adalah remeh, menyusahkan dan penyalahgunaan proses mahkamah.
Selain saman ini, empat lagi tindakan undang-undang terhadap Najib berhubung dengan 1MDB telah ditolak oleh mahkamah, iaitu oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Tony Pua, bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dan Gerakan Anak Muda Tolak Najib (Gant1).
Keputusan mahkamah itu dibuat ketika Najib bersiap sedia memimpin BN untuk berdepan dengan cabaran Pakatan Harapan yang diterajui oleh Dr Mahathir menjelang pada pilihan raya umum ke-14.
Selain Najib, individu lain yang dinamakan dalam saman itu termasuklah Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara Tan Sri Irwan Serigar Abdullah, presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan dua pengarah semasa serta sembilan bekas pengarah 1MDB.
Ezam mendakwa Najib dan sembilan bekas pengarah 1MDB telah pecah amah dan menuduh mereka sengaja menyebabkan kerugian AS$3.6 bilion kepada 1MDB.
Ezam turut berkata beliau memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi sebagai pembayar cukai dan mewakili semua rakyat Malaysia, dan berjanji untuk memulangkan semula kerugian kepada 1MDB dan kerajaan sekiranya keputusan mahkamah menyebelahinya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment