Write For Us

Mahkamah tolak saman Gant1 terhadap Najib, k’jaan dan 1MDB

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
114 Views
Published
Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan hari ini mengarahkan tuntutan saman yang difailkan oleh Pemuda Pakatan Harapan yang dinamakan Gerakan Anak Muda Tolak Najib (Gant1) terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kerajaan dan 1MDB dibatalkan.
Ini susulan keputusan Hakim Ahmadi Asnawi yang mengetuai panel hari ini membenarkan rayuan daripada Najib, kerajaan dan 1MDB.
Saman itu adalah berhubung bayaran 1MDB kepada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) selepas proses timbang tara berikutan bayaran lebih awal dibuat kepada syarikat Aabar palsu.
Dengan keputusan hari ini, tiga saman yang difailkan ke atas Najib berhubung dengan 1MDB telah dibatalkan oleh mahkamah.
Sebelum ini, saman yang difailkan oleh Tony Pua dan bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim, juga telah dibatalkan.
ADUN Pasir Pinji, Howard Lee yang juga anggota Gant1, berkata mereka akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan hari ini dan akan memfailkan kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment