Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Seri Vida mendapatkan sementara pasportnya untuk urusan ke luar negara termasuk menunaikan umrah.
Hakim Murtazadi Amran bagaimanapun mengarahkan pemilik dan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu menyerahkan kembali pasportnya kepada mahkamah selewat-lewatnya 6 Februari.
Dalam prosiding sebutan semula kes jutawan kosmetik itu yang menghadapi pertuduhan gagal membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) hari ini, peguam yang mewakili Vida, Khairilazwar Khalil ketika mengemukakan permohonan itu memaklumkan anak guamnya akan ke Bangkok, Thailand pada 3 Januari; Guangzhou, China pada 16 hingga 22 Januari serta menunaikan umrah pada 26 Januari hingga 3 Februari.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran membantah permohonan itu kerana beliau tidak menerima sebarang surat permohonan kebenaran memulangkan sementara pasport tertuduh, sebaliknya peguam bela hanya menyerahkan surat permohanan kepada mahkamah.
Katanya satu afidavit berserta jadual penerbangan dan salinan tiket kapal terbang perlu diberikan kepada pihaknya untuk menunjukkan tertuduh akan balik ke tanah air dan tidak melarikan diri.
Dalam pada itu, Vida dilihat melompat keriangan selepas menerima pasport daripada mahkamah sambil berkata beliau mahu ke luar negara atas urusan kerja dan meminta rakyat mendoakan yang terbaik untuknya.
Sementara itu, mahkamah menetapkan 9 dan 10 Mac depan untuk tarikh perbicaraan bagi 16 pertuduhan gagal membayar GST berjumlah kira-kira RM4.2 juta selepas Vida mengekalkan pengakuan tidak bersalah.
Jutawan kosmetik itu didakwa melakukan kesalahan itu di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, No 1 Jalan Tun Razak di sini sejak April 2015 hingga Julai 2016.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment