Write For Us

Syed Saddiq dapat sementara pasport untuk ke Singapura, Taiwan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
27 Views
Published
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mendapatkan sementara pasport bagi membolehkannya ke Singapura dan Taiwan.

Panel tiga hakim yang diketuai hakim Hadhariah Syed Ismail sebulat suara membenarkan pasport diserahkan sementara kepada Syed Saddiq mulai hari ini hingga 18 Jun.

Panel yang dianggotai hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Azmi Ariffin itu turut membenarkan permohonan peguam Syed Saddiq, Hisyam Teh Poh Teik supaya mahkamah rayuan mengeluarkan surat agar ketua pengarah Imigresen membenarkan perjalanan Syed Saddiq ke luar negara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment