Write For Us

Rina, Syed Saddiq tak tahu perwakilan dapat beg Herschel di perhimpunan Bersatu

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Ketua Srikandi Bersatu Datuk Seri Rina Harun dan Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak mengetahui kewujudan beg Herschel yang diberikan kepada perwakilan pada perhimpunan Bersatu hari ini.
Difahamkan seramai lapan orang dari setiap bahagian - ketua bahagian, timbalan dan ahli jawatankuasa - menerima beg tersebut di kaunter pendaftaran.
Beg yang diagihkan dalam pelbagai warna, seperti biru, kelabu, hitam dan merah, dan setiap satunya dengan saiz dan rekaan yang berlainan.
Di bahagian beg tersebut, tertera logo Bersatu dan "Perhimpunan Agung Tahunan Kali Yang Kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia" yang dijahit.
Beg tersebut dianggarkan berharga RM250 hingg RM300 - bergantung kepada saiz dan rekaan.
Ketika ditemui Malaysiakini, kebanyakan perwakilan yang menerimanya tidak tahu akan harga beg tersebut tetapi memuji mutunya.
Link: www.kinitv.com/video/69055O74 - Perwakilan melaram beg Herschel di perhimpunan Bersatu
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment